Pantun merupakan hasil Sastera Melayu yang tertua. Pantun Melayu ialah pengucapan kemelayuan dan berbentuk non-naratif. Karya-karya pantun yang dicipta mempamerkan nilai-nilai jati diri dan corak pemikiran masyarakat lama. Dalam pantun turut terkandung pelbagai unsur keindahan antaranya ialah pantun mempunyai dua bahagian utama iaitu pembayang dan maksud. Rima akhirnya pula ialah a , b , a , b atau a , a , a , a dan dari segi suku katanya pula ialah antara lapan hingga 12 suku kata. Gaya bahasa yang digunakan juga adalah gramatis atau indah-indah belaka dan mereka menggunakan unsur alam dalam mencipta pantun seperti pokok, daun, bunga dan sebagainya. Selain itu, pantun juga mempunyai daya ciptaan masyarakat melayu lama yang tinggi nilainya, bernilai seni dan asli. Pantun ini digunakan oleh masyarakat zaman dahulu bagi menyatakan hasrat mereka. Masyarakat zaman dahulu mahir dalam mencipta pantun dan turut dilakukan secara spontan.
Berdasarkan keseluruhan pantun kasih sayang di atas , ajaran yang cuba disampaikan oleh pengkarya ialah mengenai kasih sayang. Kasih sayang merupakan satu perasaan cinta, kasih dan sayang kepada seseorang. Dalam kasih sayang boleh dibahagikan kepada tiga cabang iaitu cinta antara manusia dengan manusia, manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam. Perasaan sayang selalunya akan disampaikan melalui pantun oleh masyarakat lama dalam menyampaikan hasrat mereka, hal ini telah memperlihatkan bahwa masyarakat lama sangat mementingkan sopan santun terutamanya dalam berkasih sayang. Perasaan kasih sayang merupakan hukum alam yang tidak dapat dihalang oleh manusia daripada terus belaku kerana ianya sudah ditakdirkan oleh Ilahi.
Ajaran yang ingin disampaikan dalam rangkap yang pertama ialah tentang kejujuran dan kesabaran dalam berhubungan. Rangkap ini menjelaskan mengenai kejujuran seorang jejaka yang terlalu mencintai kekasihnya. Si jejaka juga mempunyai keinginan yang tinggi untuk berjumpa dengan kekasihnya. Kejujuran dan kesabaran yang ditunjukkan perlu ada dalam setiap perhubungan supaya perhubungan dapat berjalan dengan lancar dan dapat mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Sekiranya nilai ini diamalkan oleh pasangan yang bercinta maka dapat mengelakkan diri dari pada berlakunya maksiat dalam kalangan muda-mudi seterusnya dapat menjalinkan ikatan yang kukuh dan suci. Masyarakat lama sering mengaitkan kesucian dalam sesuatu perhubungan. Oleh itu, masyarakat yang bercinta terutamanya perlu menanamkan sikap jujur dan sabar dalam melakukan perhubungan supaya hubungan yang terjalin dapat berterusan.
Rangkap kedua pula mengetengahkan ajaran mengenai kerinduan. Perasaan rindu merupakan satu anugerah Tuhan yang amat berharga. Rangkap ini coba menerangkan tentang perasaan rindu seorang jejaka terhadap kekasihnya dan keinginan untuk bertemu dengan kekasihnya adalah sangat tinggi. Perasaan rindu ini susah ditepis dan sudah semestinya akan wujud dalam sesuatu perhubungan terutamanya dalam kalangan anak muda. Ajaran ini sudah sebati dalam kehidupan masyarakat kini malah sudah terjadi sejak dahulu lagi kerana perasaan rindu sudah menjadi lumrah dan kebiasaan dalam kehidupan. Masyarakat kini perlulah mengetengahkan ajaran ini agar dapat membina sebuah perhubungan yang berkekalan hingga ke akhir hayat. Di samping itu, dapat melahirkan generasi yang berpengetahuan dan bersopan santun.
Seterusnya dalam rangkap ketiga pula mempamerkan mengenai ajaran tentang kesetiaan iaitu kepatuhan dan ketaatan seseorang dalam melakukan sesebuah perhubungan seperti dalam persahabatan, percintaan, dan sebagainya. Kesetiaan dalam perhubungan perlulah berpegang teguh kepada janji bagi memastikan perhubungan dapat berjalan dengan penuh keikhlasan. Rangkap ketiga cuba mempamerkan mengenai kesetiaan seorang jejaka menunggu kekasihnya tanpa mengira waktu.
Dalam perhubungan kesetiaan perlu wujud bagi memupuk nilai kasih sayang antara insan justeru itu dapat mendisplinkan serta mematangkan seseorang dalam melakukan perhubungan. Seandainya ajaran ini tidak diamalkan nescaya sesebuah hubungan itu tidak akan dapat bertahan lama malah masyarakat juga akan turut berpecah belah kerana konsep kesetiaan dan ketaatan tidak dilaksanakan dalam perhubungan.
Keikhlasan pula terkandung dalam rangkap keempat. Keikhlasan ialah ketulusan dan kejujuran seseorang yang lahir dari hati yang tulus. Masyarakat lama percaya bahawa dalam perhubungan keikhlasan perlu ada supaya dapat membentuk perhubungan yang baik dan harmoni. Sekiranya keikhlasan tidak diamalkan maka keraguan akan wujud dan menyebabkan perhubungan itu menghadapi kesulitan. Ajaran ini juga turut terpapar dalam rangkap keempat iaitu si jejaka itu tidak memandang rupa semata-mata tetapi dia memandang kekasihnya itu dari sifat dalamannya.
Sifat yang baik menyebabkan seseorang itu berwatakan cantik. Kecantikan seseorang pula tidak seharusnya diukur dari paras rupa semata-mata namun perlulah dilihat dari sudut keikhlasan dan ketulusan seseorang itu ketika dalam berhubungan. Ajaran mengenai keikhlasan ini perlu dipraktikkan dalam diri masyarakat terutama bagi mereka yang sedang bercinta bagi memastikan perhubungan yang terjalin tidak sia-sia. Di samping itu, masyarakat juga dapat menilai diri dan keadaan dengan cara lebih mendalam lagi seandainya berpegang pada ajaran ini.
Rangkap terakhir pula mengutarakan ajaran mengenai keprihatinan iaitu masyarakat mestilah mempunyai sifat timbang rasa dalam perhubungan. Sifat ini hanya boleh dimiliki oleh mereka yang meletakkan dirinya di tempat orang yang hendak diambil perhatian. Ajaran ini sangat sesuai bagi mereka yang sedang bercinta. Di samping itu dapat menguntungkan seseorang dan mengukuhkan lagi perhubngan agar aman dan harmoni. Sikap keprihatinan ini ama jelas pada rangkap terakhir ketika si gadis tidak memandang lelaki lain selain daripada kekasihnya. Keprihatianannya ini wajar diikuti oleh masyarakat agar dapat mewujudkan satu perhubungan yang kukuh seterusnya dapat memupuk sikap keprihatinan terhadap keluaraga, kekasih mahupun masyarakat. Sekiranya sikap keprihatinan tidak diamalkan dalam perhubungan maka ianya tidak akan bertahan dengan lama kerana wujud sikap pentingkan diri sendiri. Oleh kerana itu, sikap ini sangat penting dalam perhubungan dan seharusnya dilaksanakan oleh masyarakat setempat.
Kesimpulannya, pantun ini menggambarkan identiti kehidupan masyarakat melayu. Pantun juga amat memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya hidup masyarakat baik dari peringkat kanak-kanak mahupun dewasa. Pengaruh pantun merangkumi aspek daya fikir, beradat, berbahasa dan juga menggambarkan kehidupan masyarakat melayu.
Oleh itu, masyarakat kini perlu sedar itu mereka mesti mempertahankan pantun agar boleh bertahan hingga ke generasi akan datang dan tidak ditelan perubahan zaman.
contoh Pantunnya :
PANTUN KASIH SAYANG
Menyatakan Kasih Sayang
1) Layang-layang terbang melayang,
Jatuh ke laut disambar jerung,
Siapa kata abang tak sayang,
Jikalau bunga rasa nak gendong.
PANTUN KASIH SAYANG
Menyatakan Kasih Sayang
1) Layang-layang terbang melayang,
Jatuh ke laut disambar jerung,
Siapa kata abang tak sayang,
Jikalau bunga rasa nak gendong.
2) Ada satu anak gelanggang,
Sehari-hari turun ke pantai,
Jika sehari tak ku pandang,
Sebagai bunga layu di tangkai.
3) Bunga melur di atas titi,
Mari dibungkus di dalam kertas,
Dalam telur lagi dinanti,
Inikan pula sudah menetas.
4) Anak beruk di kayu rendang,
Turun mandi di dalam paya,
Hodoh buruk di mata orang,
Cantik manis di mata saya.
5) Lama sudah tidak ke ladang,
Padi sudah dililit kangkung,
Selama tuan tidak kupandang,
Putus hati pengarang jantung.
0 komentar:
Posting Komentar