Selamat Datang di Blog Meliana

Kisah Hapalan Pak Didi


Kisah ini ditulis oleh seorang teman, yang mana kisahnya bermula dari sini "Tempat di ujung kiri shaf pertama hampir tak pernah ditempati oleh jama'ah lain (selalu lebih dulu di tempati oleh pak Didi), seakan tempat itu sudah ‘di-booking’ secara ekslusif oleh pak Didi.

Pak Didi, lelaki berusia lebih dari 60 tahun yang nikmat penglihatannya kini sudah diambil kembali oleh Sang Pemilik Sejati ini, memang selalu menempati tempat tersebut. Wajar jika pak Didi mendapatkan shaf pertama karena beliau selalu (sering) menjadi orang pertama yang hadir di mushala. Terlebih jika shalat subuh, beliaulah yang selalu melantunkan shalawat, membangunkan jama'ah lain yang masih terlelap dalam tidurnya. Dan ujung kiri adalah tempat yang paling mudah dijangkau olehnya yang selalu datang dari pintu sebelah kiri, berjalan meraba tembok dan berhenti ketika jangkauan tangannya menyentuh dinding bagian depan.

Pak Didi, pria santun yang beberapa waktu lalu pernah aku tulis kisahnya lantaran rumus  90 Langkah Menuju Mushola-nya. Pak Didi yang tetap istiqamah shalat berjama'ah di mushala, meskipun untuk sampai di sana beliau harus meraba dan menghitung langkah kakinya karena kedua mata fisiknya tak mampu lagi membedakan gelap dan terang. Bukan, bukan karena tak ada keluarga yang mengantarkan, tapi karena pak Didi lebih senang berangkat ke mushala sendiri (khususnya untuk shalat Subuh, sedang untuk shalat-shalat lainnya pak Didi sering diantar oleh istri atau cucunya). Pak Didi yang telah membukakan kesadaranku, memberiku semangat untuk terus shalat berjama'ah di mushala. Dan jika kini aku mencoba kembali menulis tentangnya, semua karena ‘hobi’ barunya.

Seminggu terakhir, pak Didi sedang rajin menghafalkan ayat-ayat suci Al-Qur'an. Kalau surah Yaasiin sudah lama beliau hafal. Yang sekarang sedang menarik minatnya untuk dihafalkan adalah surat An-Nisaa’ ayat 59–60. Pernah aku bertanya ada apa dengan ayat ini, sehingga beliau tergerak untuk menghafalkannya, apakah ayat-ayat sebelumnya sudah hafal semua ataukah ada pengalaman khusus dengan ayat ini? Dengan tersenyum ramah (salah satu ciri khasnya), beliau katakan bahwa sebenarnya ayat-ayat lainnya belum hafal, tapi beliau tertarik untuk menghafal ayat tersebut lantaran beliau pernah mengikuti sebuah pengajian yang kebetulan membahas ayat tersebut.

Bagaimana pak Didi belajar menghafal, sedangkan membaca pun beliau tak bisa? Adalah Haji Sidik atau terkadang pak Minong yang sering mendampingi pak Didi menghafal, sambil menunggu datangnya waktu Isya. Dan meski sudah tergolong ‘sepuh’, daya ingat pak Didi ternyata masih cukup kuat. Itu kuketahui ketika kemarin malam aku dimintanya untuk mendampingi beliau menghafal surat An-Nisa ayat ke-59 dan 60. Kebetulan malam itu hanya ada aku dan pak Didi, jama'ah lainnya yang biasa mengaji sudah pada pulang, barangkali ada satu keperluan sehingga mereka baru datang kembali beberapa saat sebelum adzan Isya berkumandang. Dua ayat yang cukup panjang ini mampu dihafal pak Didi dengan baik. Aku menyimak hafalan pak Didi sambil membuka Al-Qur'an. Hampir semuanya betul, hanya ada beberapa yang tajwidnya kurang pas (menurutku).

Selanjutnya pak Didi meminta agar aku membacakan ayat selanjutnya. Dan subhanallah, hanya beberapa kali kubacakan, pak Didi langsung bisa menghafalnya. Bahkan, secara tak sengaja aku pun jadi ikut menghafalkan, meskipun baru satu ayat. Alhamdulillah.

Satu hal yang kudapat dari belajar menghafal bersama pak Didi malam itu. Semangat pak Didi yang menggebu, dan ini membuatku merasa malu. Aku teringat masa kecil di kampung dulu, almarhum Romelan mengajari kami menghafal juz Ama. Hampir semua surat-surat di juz ke-30 berhasil kami hafalkan meskipun baru sebatas hafalan tanpa mengerti arti dan kandungannya. Tapi kini, astaghfirullah! Tinggal beberapa surat yang masih kuingat, itupun terbatas pada surat-surat yang biasa kubaca di setiap shalat.

Pernah beberapa waktu yang lalu, aku mencoba menghafalkan kembali surat-surat pendek ditambah dengan artinya. Namun sayang, hafalanku terhenti di surat Al-‘Ashr. ‘Kesibukan’ duniawiku menjadi alasannya. Astaghfirullah, ampuni aku ya Allah.

Dan malam itu, ketika pak Didi meminta (tepatnya mengajakku) menghafal bersama, muncul sebuah keinginan untuk kembali membenahi hafalanku yang dulu. Bukan hanya hafal bacaannya, tapi juga artinya. Dengan mengerti artinya, mudah-mudahan ke depannya bisa memahami kandungannya, insya Allah. Terima kasih pak Didi, kembali untuk kedua kalinya engkau telah membukakan kesadaran sekaligus memberikan semangat padaku. Semoga Allah menetapkan hidayah itu padamu, juga kepadaku. Amin.

***

Kudedikasikan tulisan ini untuk pak Didi, semoga engkau adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam sabdanya berikut ini.

Dari Anas RA, katanya : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah 'Azza wa jalla berfirman : Jikalau Aku memberi cobaan kepada hambaKu dengan melenyapkan kedua matanya -yakni menjadi buta-, kemudian ia bersabar, maka untuknya akan Kuberi ganti syurga karena kehilangan keduanya, yakni kedua matanya itu." (Riwayat Bukhari).

* Tulisan ini sebelumnya pernah saya publikasikan di  eramuslim  dan kotasantri

Makna Pantun



Pantun merupakan hasil Sastera Melayu yang tertua. Pantun Melayu ialah pengucapan kemelayuan dan berbentuk non-naratif. Karya-karya pantun yang dicipta mempamerkan nilai-nilai jati diri dan corak pemikiran masyarakat lama. Dalam pantun turut terkandung pelbagai unsur keindahan antaranya ialah pantun mempunyai dua bahagian utama iaitu pembayang dan maksud. Rima akhirnya pula ialah a , b , a , b atau a , a , a , a dan dari segi suku katanya pula ialah antara lapan hingga 12 suku kata. Gaya bahasa yang digunakan juga adalah gramatis atau indah-indah belaka dan mereka menggunakan unsur alam dalam mencipta pantun seperti pokok, daun, bunga dan sebagainya. Selain itu, pantun juga mempunyai daya ciptaan masyarakat melayu lama yang tinggi nilainya, bernilai seni dan asli. Pantun ini digunakan oleh masyarakat zaman dahulu bagi menyatakan hasrat mereka. Masyarakat zaman dahulu mahir dalam mencipta pantun dan turut dilakukan secara spontan.
Berdasarkan  keseluruhan  pantun kasih sayang di atas ,  ajaran  yang  cuba  disampaikan oleh pengkarya  ialah mengenai  kasih sayang.  Kasih sayang  merupakan  satu  perasaan cinta,  kasih dan  sayang  kepada seseorang.  Dalam  kasih sayang  boleh dibahagikan  kepada  tiga  cabang  iaitu cinta  antara  manusia dengan  manusia,  manusia  dengan  Tuhan  dan manusia  dengan alam.  Perasaan sayang selalunya akan  disampaikan  melalui  pantun  oleh  masyarakat  lama  dalam menyampaikan  hasrat  mereka,  hal  ini  telah  memperlihatkan  bahwa  masyarakat  lama  sangat  mementingkan  sopan  santun terutamanya  dalam  berkasih  sayang.  Perasaan  kasih sayang  merupakan  hukum alam  yang  tidak  dapat dihalang  oleh manusia daripada  terus belaku  kerana  ianya  sudah ditakdirkan oleh Ilahi.
Ajaran  yang  ingin disampaikan  dalam  rangkap  yang  pertama  ialah  tentang  kejujuran dan  kesabaran dalam berhubungan.  Rangkap  ini  menjelaskan  mengenai  kejujuran  seorang  jejaka  yang  terlalu  mencintai  kekasihnya.  Si jejaka juga  mempunyai  keinginan  yang  tinggi  untuk  berjumpa  dengan kekasihnya.  Kejujuran dan kesabaran  yang  ditunjukkan perlu  ada  dalam setiap perhubungan  supaya  perhubungan dapat berjalan dengan lancar  dan  dapat  mengelakkan berlakunya perkara  yang  tidak  diingini.  Sekiranya  nilai  ini diamalkan  oleh  pasangan  yang  bercinta  maka  dapat  mengelakkan  diri dari pada berlakunya  maksiat dalam  kalangan  muda-mudi seterusnya  dapat  menjalinkan  ikatan  yang  kukuh  dan  suci. Masyarakat  lama  sering  mengaitkan  kesucian dalam  sesuatu  perhubungan.  Oleh  itu,  masyarakat  yang  bercinta terutamanya  perlu  menanamkan  sikap  jujur dan sabar  dalam  melakukan  perhubungan  supaya  hubungan  yang  terjalin  dapat berterusan.
Rangkap  kedua  pula  mengetengahkan  ajaran  mengenai  kerinduan.  Perasaan  rindu  merupakan  satu anugerah Tuhan  yang  amat  berharga.  Rangkap ini coba  menerangkan  tentang  perasaan  rindu seorang  jejaka  terhadap  kekasihnya dan  keinginan untuk bertemu  dengan  kekasihnya adalah  sangat  tinggi.  Perasaan  rindu  ini  susah ditepis dan  sudah semestinya akan wujud  dalam  sesuatu  perhubungan  terutamanya  dalam  kalangan anak muda.  Ajaran  ini sudah  sebati  dalam kehidupan  masyarakat kini malah sudah terjadi sejak dahulu lagi kerana perasaan rindu sudah menjadi lumrah dan kebiasaan dalam kehidupan. Masyarakat kini perlulah mengetengahkan ajaran ini agar dapat membina sebuah perhubungan yang berkekalan hingga ke akhir hayat. Di samping itu, dapat melahirkan generasi yang berpengetahuan dan bersopan santun.
Seterusnya dalam rangkap ketiga pula mempamerkan mengenai ajaran tentang kesetiaan iaitu kepatuhan dan ketaatan seseorang dalam melakukan sesebuah perhubungan seperti dalam persahabatan, percintaan, dan sebagainya. Kesetiaan dalam perhubungan perlulah berpegang teguh kepada janji bagi memastikan perhubungan dapat berjalan dengan penuh keikhlasan. Rangkap ketiga cuba mempamerkan mengenai kesetiaan seorang jejaka menunggu kekasihnya tanpa mengira waktu.
Dalam  perhubungan  kesetiaan  perlu  wujud bagi  memupuk  nilai  kasih sayang antara  insan  justeru  itu  dapat  mendisplinkan serta  mematangkan seseorang  dalam  melakukan  perhubungan. Seandainya  ajaran  ini  tidak  diamalkan  nescaya sesebuah hubungan  itu  tidak  akan  dapat  bertahan  lama  malah  masyarakat  juga  akan  turut  berpecah belah  kerana  konsep kesetiaan dan ketaatan tidak dilaksanakan dalam perhubungan.
Keikhlasan pula terkandung dalam rangkap keempat. Keikhlasan ialah ketulusan dan kejujuran seseorang yang lahir dari hati yang tulus. Masyarakat lama percaya bahawa dalam perhubungan keikhlasan perlu ada supaya dapat membentuk perhubungan yang baik dan harmoni. Sekiranya keikhlasan tidak diamalkan maka keraguan akan wujud dan menyebabkan perhubungan itu menghadapi kesulitan. Ajaran ini juga turut terpapar dalam rangkap keempat iaitu si jejaka itu tidak memandang rupa semata-mata tetapi dia memandang kekasihnya itu dari sifat dalamannya.
Sifat yang baik menyebabkan seseorang itu berwatakan cantik. Kecantikan seseorang pula tidak seharusnya diukur dari paras rupa semata-mata namun perlulah dilihat dari sudut keikhlasan dan ketulusan seseorang itu ketika dalam berhubungan. Ajaran mengenai keikhlasan ini perlu dipraktikkan dalam diri masyarakat terutama bagi mereka yang sedang bercinta bagi memastikan perhubungan yang terjalin tidak sia-sia. Di samping itu, masyarakat juga dapat menilai diri dan keadaan dengan cara lebih mendalam lagi seandainya berpegang pada ajaran ini.
Rangkap terakhir pula mengutarakan ajaran mengenai keprihatinan iaitu masyarakat mestilah mempunyai sifat timbang rasa dalam perhubungan. Sifat ini hanya boleh dimiliki oleh mereka yang meletakkan dirinya di tempat orang yang hendak diambil perhatian. Ajaran ini sangat sesuai bagi mereka yang sedang bercinta. Di samping itu dapat menguntungkan seseorang dan mengukuhkan lagi perhubngan agar aman dan harmoni. Sikap keprihatinan ini ama jelas pada rangkap terakhir ketika si gadis tidak memandang lelaki lain selain daripada kekasihnya. Keprihatianannya ini wajar diikuti oleh masyarakat agar dapat mewujudkan satu perhubungan yang kukuh seterusnya dapat memupuk sikap keprihatinan terhadap keluaraga, kekasih mahupun masyarakat. Sekiranya sikap keprihatinan tidak diamalkan dalam perhubungan maka ianya tidak akan bertahan dengan lama kerana wujud sikap pentingkan diri sendiri. Oleh kerana itu, sikap ini sangat penting dalam perhubungan dan seharusnya dilaksanakan oleh masyarakat setempat.
Kesimpulannya, pantun ini menggambarkan identiti kehidupan masyarakat melayu. Pantun juga amat memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya hidup masyarakat baik dari peringkat kanak-kanak mahupun dewasa. Pengaruh pantun merangkumi aspek daya fikir, beradat, berbahasa dan juga menggambarkan kehidupan masyarakat melayu.
Oleh itu, masyarakat kini perlu sedar itu mereka mesti mempertahankan pantun agar boleh bertahan hingga ke generasi akan datang dan tidak ditelan perubahan zaman.
contoh Pantunnya :

           PANTUN KASIH SAYANG

Menyatakan Kasih Sayang

1) Layang-layang terbang melayang,

    Jatuh ke laut disambar jerung,

    Siapa kata abang tak sayang,

    Jikalau bunga rasa nak gendong.


2) Ada satu anak gelanggang,

    Sehari-hari turun ke pantai,

    Jika sehari tak ku pandang,

    Sebagai bunga layu di tangkai.


3) Bunga melur di atas titi,

    Mari dibungkus di dalam kertas,

   Dalam telur lagi dinanti,

   Inikan pula sudah menetas.


4) Anak beruk di kayu rendang,

   Turun mandi di dalam paya,

   Hodoh buruk di mata orang,

   Cantik manis di mata saya.


5) Lama sudah tidak ke ladang,

    Padi sudah dililit kangkung,

    Selama tuan tidak kupandang,

    Putus hati pengarang jantung.

Pantun Kasih Sayang (Ketiga)


Berkurun lama pergi menjauh 
wajah ku lihat di dalam mimpi, 
Kalau dah kasih sesama sungguh 
kering lautan tetap ku nanti,  

Surat ku layang untuk berkata 
penyampai hasrat kata di hati, 
Kalaulah sungguh kasihkan saya 
jangan dibuang sampai ke mati,  

Indah nian bulan mengambang 
keliling pula bintang bercahaya, 
Wajah tuan bila ku pandang 
bagai melihat pintunya syurga,  

Langit cerah awan membiru 
dinihari embun pun jatuh, 
Sakit sungguh menanggung rindu 
di dalam air badan berpeluh,  

Senja berlalu iramanya merdu 
malam berhiba silih berganti, 
Merdu suaramu berputik rindu 
menganyam cinta di tasik hati,  

Kata terbukti setulus budi
sepanjang abad terkalung di jiwa,
Cinta sejati terus bersemi
selagi jasad terkandung nyawa, 

Hilang sepi diraut wajah
usah terlerai nilainya budi,
Setia janji tak akan berubah
kasih tersemai tetap abadi,

Petang hari indah di taman
berjalan-jalan bersuka-ria,
Kanda datang membawa harapan
ingin mendirikan istana bahagia,

Burung merpati terbang melayang
singgah sebentar di pohon meranti,
Rindu hatiku bukan kepalang
wajah mu tuan termimpi-mimpi,

Selat Melaka lautnya tenang
di situ tempat perahu bugis,
Orang jauh janan dikenang
kalau dikenang tentu menangis,

Terkenal gagah Indera Putera
gagah lagi pahlawan berlima,
Perlukah kanda bersumpah setia
seia sekata hidup bersama,

Sayang selasih dibuat main
air perigi dingin terasa,  

Hati tidak pada yang lain
walau dinda jauh di mata,

Asal kapas jadi benang
dari benang dibuat kain,
Barang lepas jangan di kenang
sudah jadi orang lain,

Pucuk pauh delima batu
anak sembilang ditapak tangan,
Biar jauh beribu batu
jauh di mata di hati jangan,

 Dulang perak cantik terukir
hadiah untuk tuan puteri,
Jangan dikirim salam terakhir
kekasih di sini setia menanti,

Indah nian Seri Menanti
Seri Menanti bandar di raja,
Dinda akan ku jadikan permaisuri hati
seraut wajahmu ku jadikan penawar hati,

Pantun Kasih Sayang (Kedua)




Tenang-tenang air di laut
sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut tersebut
budi yang baik rasa nak junjung, 


Camar laut melayang rendah  
tampak ikan lalu disambar, 
Kasih padamu hinggap menyinggah 
dalam pelukan bukanlah sebentar, 

Meninjau padi masak  
batang kapas bertimbal jalan, 
Hati risau di bawa gelak 
bagai panas mengandung hujan,  

Asap api di Tanjung Tuan 
Kuala Linggi bakaunya rendah, 
Harap hati kepada tuan 
langit tinggi ku pandang rendah, 

Dua puluh satu bilangan Melayu 
satu likur bilangan Jawa, 
sama-sama menanggung rindu 
kalaupun mati kita berdua, 

Walaupun jauh dipandang mata 
cinta ku semai kasih sejati, 
Biarpun jauh di seberang sana 
kasih ku berubah tidak sekali,

Segak gagah putera bistari
puteri manja kesayangan ratu,
Seri wajahmu igauan mimpi
senyum kerlingan penawar rindu, 

Ku kutip bunga buat karangan
karangan diletak di atas peti, 
Ingin ku sunting bunga di jambangan
buat penyeri di taman hati,



Ambil tali buat pengikat 
Tali sabut panjang sedepa, 
Bukankah janji telah diikat 
kedatangan kanda ditunggu setia,



Hendak ke seberang naik penambang 
perahu penambang tidak berpintu, 
Usahlah kanda berhati bimbang 
perhubungan kita mendapat restu,



Duduk berehat di pinggir kali 
mengingat kekasih yang telah pergi, 
Bukan ku bimbang kekasih kembali 
takut luka berdarah kembali,



Mandi-manda di pinggir kali 
kali jauh naik pedati, 
Bukan setakat dia kembali 
ingin pula merayu hati,



Petik mari buah ciku 
ambil yang manis letak di peti, 
Kenapa dinda berubah laku 
adakah kasih bertukar benci,



Cantik indah suntingan melati 
melati desa menarik sekali, 
Apakah maksud dinda tak mengerti 
bicara kanda dalam sekali,

Cantik ayu si gadis sunti 
pandai pula menjahit jala, 
Baru senang rasa di hati 
air berkocak tenang semula,



Ikan haruan si ikan tenggiri 
dibawa orang dari Linggi, 
Padamu kanda ku perhambakan diri 
bawalah daku kemana kau pergi,



 
My Blog : Coretan Seorang Gadis Melayu | Coret Digital | HC Pakning
Copyright © 2011. Blog Meliana Meldi - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger